Jump to content
MalaysianWings - Malaysia's Premier Aviation Portal
E Faizal

Another Story for Airbus.

Recommended Posts

Originally found on my ex-senior journal... Now he currently working at Sheffield, UK.

Visit Him

AIRBUS dilanda Krisis

Harapnya Airbus tidak mengulangi pengalaman pahit yang dilalui oleh Rolls Royce setelah mencipta sejarah dalam teknologi penerbangan. Rolls Royce pernah diistiharkan Bankrup pada Februari 1971 akibat "kekurangan" pada Engine RB211, walaupun pada ketika itu engine tersebut telah pun menerbangkan Lockheed L-1011 TriStar pada 16 November 1970. Ini semua gara-gara "you promised too much". Namun ia berjaya diselamatkan selepas campurtangan kerajaan British. Britain telah terhutang budi kepada Rolls Royce kerana telah menyelamatnya ketika WWII melalui engine Merlin yang menerbangkan Spitfire. Engine RB211 adalah satu-satunya gas turbin yang menggunakan 3 shaft. Pada hari ini keluarga enjin TRENT yang dihasilkan oleh Rolls Royce adalah lanjutan dari RB211. Hanya Rolls Royce yang menggunakan 3 shaft pada engine pesawat komersial.

Airbus adalah syarikat yang dikuasai 80% EADS dan 20% BAE. Beberapa bulan lepas, BAE sudah menyatakan ingin melepaskan pegangannya sebanyak 20% dalam AIRBUS. AIRBUS telah membelanjakan US 10.7 bilion untuk A380 sejak lebih 10 tahun lalu. John Leahy, COO customer, telah dipertanggungjawabkan untuk menjual pesawat tersebut sebanyak 250 buah pada harga US 265 juta untuk break even. Sehingga May 2006, tempahan bagi pesawt ini hanyalah 159 buah. Kelewatan penghantaran pesawat tersebut menyebabkan Airbus terpaksa membayar gantirugi kepada pelanggannya. Orang yang paling pening sekarang ini adalah Charles Champion, COO dan Head of A380 programme. Memang masa depan AIRBUS terletak pada tangan Charles Champion sekarang ini.

Airbus A380 sebenarnya satu percubaan Airbus untuk maju setapak dalam industri penerbangan. Banyak teknologi baru telah diperkenalkan, seperti penggunaan bahan komposite GLARE buat pertama kalinya bagi struktur fuselage, kerana bahan aluminium tidak lagi dapat menjamin keselamatan bagi struktur yang lebih besar.

Walaupun apa pun berlaku, ramai pihak sedang menunggu untuk menguasai Airbus terutamanya musuh tradisinya iaitu Boeing. Walaupun kapal terbang pertama di dunia dihasilkan oleh Wright Brothers pada tahun 1903, tetapi teknologi terkini dalam penerbangan banyak dihasilkan di Eropah. Boeing 707 lahir setelah lahirnya Comet di Britain pada tahun 1949, first widebody to cross atlantic. Kegagalan comet menyebabkan proses pengeluaran Boeing 707 pada tahun 1954 berlaku dengan cepat, iaitu kurang dari 2 tahun. Mereka belajar dari teknologi dan kegagalan Comet. Toulouse yang sekarang ni Ibupejabat Airbus adalah pioneer bagi kebanyakkan teknologi penerbangan. Toulouse mencipta sejarah penerbangan dengan pembinaan Carvelle dan Concorde di sana. Caravelle adalah "worlds first twin engine short haul jet". Setelah Britain & France memulakan program Concorde, Amerika juga memulakan program yang sama, tetapi menemui kegagalan. Boeing cuba memperkenalkan pesawat yang menghampiri halaju bunyi, yang dikenali sebagai "Sonic Cruiser"pada tahun Mac 2001, tetapi tidak mendapat sambutan disebabkan Concorde dilanda krisis pada masa tersebut. Banyak airliner tak mahu mengambil risiko.

Airbus telah memperkenalkan A300 pada tahun 1974, the first twin engine for widebody. Ia dikategorikan sebagai ETOPS (Extended-range Twin-engine Operational Performance Standards). Ia adalah bagi pesawat widebody yang boleh terbang melebihi 60 minit. Kemudian ada orang ejek Airbus dengan ETOPS sebagai "Engines Turning Or Passengers Swimming". Pada ketika itu, pesawat bagi saiz yang sama yang dihasilkan di Amerika memerlukan sekurang-kurangnya 3 engine. Setelah Airbus berjaya membuktikan teknologi ini berhasil, Boeing kemudiannya memulakan program Boeing 767 dan sekarang diganti dengan Boeing 777.

Begitu juga dengan teknologi engine jet, kalau tidak kerana Whittle frust dengan kerajaan UK, maka Amerika mungkin agak terbelakang dalam teknologi ini. Whittle telah menyerahkan salah satu prototype enjinnya pada tahun 1941 kepada U.S. Army Air Corps. Alasan WWII menyebabkan Amerika dapat prototype ini dengan mudah. General Electric telah meniru teknologi tersebut dan 6 bulan kemudian mereka telah mengeluarkan engine yang diberi nama I-A engine. Dua engine ini telah digunakan bagi menerbangkan pesawat BELL XP-59A pada oktober 1942. Dari situlah mulanya era jet di Amerika.

Begitu juga dengan Soviet. Selepas tamat WWII, soviet telah membeli 10 enjin Derwent pada tahun 1947 untuk pesawat Alekseyev buatan Russia. Penjualan ini mendapat bantahan dari Amerika. Namun begitu sebanyak 25 enjin Nenes dan 30 Derwent telah terjual kepada Rusia. Akhirnya mereka membangunkan teknologi tersebut bersendirian tanpa bantuan dari luar.

Airbus A380

Pesawat Airbus A380 merupakan pesawat penumpang terbesar yang pernah dibina oleh manusia. Pesawat terbesar masih lagi An-225 , yang dibina oleh Soviet untuk mengangkut "space shuttle" Soviet Union yang dikenali sebagai BURAN. Hanya sebuah sahaja yang sempat dibina. Pesawat kedua tak sempat siap disebebkan kejatuhan Soviet pada tahun 1990. Teknologi Airbus A380 dihasilkan hasil kerjasama beberapa negara Eropah. Tidak ada perkara yang cukup membanggakan masyarakat Eropah, melainkan melihat pesawat tersebut berada di angkasa pada 27 April 2005. Bagi pekerja Airbus , itu adalah suatu kepuasan dalam hidup mereka setelah berhempas pulas selama 24 jam bagi menyiapkan pesawat tersebut. Pesawat tersebut telah mendarat di KLIA pada 16 November 2005.

Semalam, President Airbus, Gustav Humbert mengumumkan kelewatan penghantaran pesawat tersebut kepada customernya. Singapore airline adalah pelanggan yang pertama yang akan menerima pesawat tersebut pada hujung tahun ini. Tetapi, kelewatan tersebut akan menyebabkan mereka akan menerima persawat tersebut paling awal pada pertengahan tahun 2007. Hari ini, Singapore Airline semacam mengugut airbus, akan beli kapal terbang Boeing 787 dan kurang berminat dengan Airbus A350. Kelewatan tersebut disebabkan masalah pembuatan pesawat tersebut yang mengambil masa yang agak lama. Antara masalah utama dalam pembinaannya adalah masalah elektrikal. Bukannya senang untuk memasang 25 KM wayar elektrik dalam pesawat tersebut. Tambahan pula, buat pertama kalinya dalam sejarah, Airbus memperkenalkan wire aluminium bagi mungurangkan berat pada pesawat ini. Disamping itu, untuk mendapatkan sijil kelulusan penerbangan bagi pesawat penumpang bukannya perkara mudah. Malaysia juga tidak terkecuali dalam kelewatan peasawat ini. Aku rasa, paling awal MAS akan terima pesawat pertamanya pada penghujung 2008.

Idris Jala kata, ia tidak melibatkan Plan pemulihan MAS. Tapi bagi saya, pesawat ini sedikit sebanyak dapat mempercepatkan usaha pemulihan ini. Cuba bayangkan, perjalanan bagi ke London setiap hari yang melibatkan 3 pesawat 747 boleh diganti dengan sebuah 747 dan sebuah A380 sahaja. Kita boleh jimat dari segi penggunaan bilangan pesawat, kos bahan api, penglibatan kakitangan seperti pilot dan dan anak kapal, landing fee dan juga maintainance. Banyak kita dapat jimatkan dari segi perbelanjaan jika menggunakan pesawat besar ini. Kita boleh jimat banyak lagi jika Mas dapat menambahkan bilangan penumpang dari 555 kepada lebih 600 orang. Pada saya, jumlah Business Class sehingga 96, hanya pembaziran ruang, walaupun kita tahu Mas memang terkenal dengan business Classnya di negara Eropah. Tapi bagi warga Malaysia, mereka masih lagi tidak sanggup membayar lebih sekali ganda untuk mendapatkan layanan yang lebih di Business Class tersebut. Rata-rata pengguna Business Class dari kalangan rakyat Malaysia adalah yang dibayar oleh pihak lain. Saya pernah dimaklumkan bahawa, seorang CEO sebuah syarikat yang hebat di Malaysia hanya menggunakan kelas Ekonomi bila melancung atas urusan pribadi.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Tapi bagi saya, pesawat ini sedikit sebanyak dapat mempercepatkan usaha pemulihan ini. Cuba bayangkan, perjalanan bagi ke London setiap hari yang melibatkan 3 pesawat 747 boleh diganti dengan sebuah 747 dan sebuah A380 sahaja. Kita boleh jimat dari segi penggunaan bilangan pesawat, kos bahan api, penglibatan kakitangan seperti pilot dan dan anak kapal, landing fee dan juga maintainance. Banyak kita dapat jimatkan dari segi perbelanjaan jika menggunakan pesawat besar ini. Kita boleh jimat banyak lagi jika Mas dapat menambahkan bilangan penumpang dari 555 kepada lebih 600 orang.

For those who don't understand Malay, quoted phrase means, roughly:

As for me (author), the aircraft (A380) can help to accelerate MH's business turnaround process. Imagine flying 3 747s to London everyday, that can be replaced by 1 747 and 1 A380. We are saving in terms of number of aircraft used, fuel cost, staff cost, landing fee and also maintenance. We can save a lot in expenditure if we use this big aircraft. We can even save more if MH can increase the number of pax (per A380) from 555 to more than 600.

My comments:

  • Replace 3 aircraft with 2, what is MH going to do with the extra/remaining slot at LHR?
  • 3 to 2 reduction in flight, which flight should MH take away? Night or Day?
  • Frequency reduction - probability of losing customers?
  • Increase seats per A380 from 555 to over 600 - staying competitive with SQ/TG? Boarding time? Turnaround times? Queuing problems?
  • A380 has lower Seat Mile Cost than the 744. Cost Per Seat might be lower than 744, but Cost Per Mile? Possibly higher.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Nice article there,Faizal :good: But do you mind to translate it to English,as some of our members do not understand Malay.

Share this post

Link to post
Share on other sites

.... Saya pernah dimaklumkan bahawa, seorang CEO sebuah syarikat yang hebat di Malaysia hanya menggunakan kelas Ekonomi bila melancung atas urusan pribadi.

who he mean??? <_ src="%7B___base_url___%7D/uploads/emoticons/default_laugh.png" alt=":lol:"> CEO of LCC ar? :D

Share this post

Link to post
Share on other sites

who he mean??? <_< :lol: CEO of LCC ar? :D

He probably referred to Tan Sri Syed Mokhtar al Bukhary (of Al Bukhary Foundation); despite being a multimillionnaire he prefers to maintain a simple life.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Nice article there,Faizal :good: But do you mind to translate it to English,as some of our members do not understand Malay.

Tam.. I notice that, but maybe other colleague in here able to help translating these acticle... My english is not good... That is why most of my jokes didn't work when talking to customer in EMEA. :p :rofl:

Sherman...

I think big boss of petroleum company... 1 interview with him in newspaper... he do mention about it. B)

Share this post

Link to post
Share on other sites

He probably referred to Tan Sri Syed Mokhtar al Bukhary (of Al Bukhary Foundation); despite being a multimillionnaire he prefers to maintain a simple life.

Thanks Keno and Faizal for the correction. :) another question, is that both person u mention r the same? :D

Share this post

Link to post
Share on other sites

I think you're referring to Tan Sri Azizan..Petronas...i heard he lives a simple life indeed :)

Actually current CEO Tan Sri Hassan Merican... He mention on news paper interview, he and his family will having economy class if it is for vacation or for his own personal matter.... Even Petronas having it's own private jet and he anytime can use it.

Late Tan Sri Azizan.... yup... his simple life indeed... Very fussy when it is about petronas money...

Share this post

Link to post
Share on other sites

Actually current CEO Tan Sri Hassan Merican... He mention on news paper interview, he and his family will having economy class if it is for vacation or for his own personal matter.... Even Petronas having it's own private jet and he anytime can use it.

Late Tan Sri Azizan.... yup... his simple life indeed... Very fussy when it is about petronas money...

im so sorry..ive missed up btwn Hassan Merican and Azizan...i meant to refer to the former...well actually my statement is not based on the newspaper report but my dad's story who had just retired after 26 years of service with Petronas :)

Share this post

Link to post
Share on other sites

Wow,so suprised to hear that Late Tan Sri Azizan and Tan Sri Hassan Marican had a very simple life. :blink:

Share this post

Link to post
Share on other sites

The person is Tan Sri Hassan Merican (Khalil was right). I found this article from somewhere else when he was interviewed by utusan

Tan Sri ada jet Petronas, tapi jika menggunakan penerbangan komersial, adakah Tan Sri turun gred ke kelas perniagaan?

HASSAN: Saya tidak turun gred ke kelas perniagaan, saya kekal di kelas pertama kerana dua sebab. Pertama, saya boleh sampai ke London dan terus bekerja, jadi saya nak ambil peluang untuk tidur dalam pesawat, kedua, kedudukan yang saya bawa. Kalau tidak naik kelas pertama dan naik kelas perniagaan orang akan perhati dan you adalah CEO Petronas, ini soal imej dan persepsi orang, itu kena jaga juga.

Tapi jika saya pergi London atas urusan peribadi dan bersama keluarga, mungkin saya pergi ekonomilah

Very different from what I read about the top management of MAS... :angry:

:blink:

Whether it is Tan Sri Hassan Merican, Allahyarham Tan Sri Azizan, Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary or Datuk Tony Fernandez, they all are high profile corporate leaders who lead quite a simple life (comparing to their standings and incomes). Very different to previous MAS leaders and its current Chairman.

Just for your info, Hassan Merican is a very strict person as far as business in concern. His daughter who graduated from UK were once jobless for quite a long time. He could have given her a job in Petronas, but he didn't maybe because she just wasn't qualified.

The billionaire Syed Mokhtar, it is said he drives around in a Proton Perdana, have alow profile office in downtown Brickfield, fly mostly in Economy.

Tony Fernandez, I heard he drive only a Ford 4WD.

humbleness and easy-going attitude are very admirable qualities of the new-found rich these days... not like the past, when red carpet needed to follow wherever these so-called elite travelled.. very uninspiring qualities indeed.

Share this post

Link to post
Share on other sites

×
×
  • Create New...