Jump to content
MalaysianWings - Malaysia's Premier Aviation Portal
Sign in to follow this  
Seth K

PMB will support MAS buy aircraft(s)

Recommended Posts

PMB terus sokong MAS beli pesawat

 

SEATTLE 21 Mac - Penerbangan Malaysia Bhd. (PMB), syarikat induk Malaysian Airline System Bhd. (MAS) akan meneruskan pembelian pesawat-pesawat baru bagi kegunaan MAS termasuk pesawat terbesar dunia, Airbus A380, untuk mengembangkan operasi syarikat penerbangan kebangsaan itu.

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasution Mohamed berkata, PMB yakin dengan kemampuan MAS untuk mencatatkan keuntungan melalui langkah penyusunan semula laluan antarabangsa bermula 1 April ini.

 

``Berdasarkan kepada langkah penyusunan itu, MAS telah menyatakan kemampuannya untuk membayar sewa pesawat kepada PMB dan pada masa yang sama mencatatkan keuntungan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

 

``Sebagai syarikat induk MAS, PMB akan terus menyokong syarikat itu dengan menyediakan modal yang mencukupi bagi membeli pesawat-pesawat baru untuk kegunaannya pada masa depan,'' katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan satu daripada dua pesawat Boeing 747-400F (kargo) untuk kegunaan Malaysia Airlines Cargo Sdn. Bhd. (MASKargo), di Pusat Penyerahan Boeing Commercial Airplanes di sini hari ini.

 

PMB yang ditubuhkan pada tahun 2002 merupakan anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd., cabang pelaburan kerajaan.

 

Nasution memberitahu, PMB telah membuat tempahan bagi enam pesawat Airbus A380 yang akan digunakan oleh MAS.

 

Ujarnya, terbitan bon 10 tahun RM3.7 bilion yang dijamin oleh kerajaan Malaysia dan ditarafkan A-oleh Standard & Poor's Ratings Services pada 9 Mac lepas akan digunakan untuk membayar tempahan bagi sebahagian dari pesawat yang dibeli oleh PMB.

 

Mengenai keupayaan MASKargo, Nasution memberitahu, beliau yakin syarikat itu mampu mencatatkan keuntungan lebih tinggi dengan adanya pesawat Boeing 747-400F bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat terutama bagi laluan Asia-Eropah.

 

``MASKargo mempunyai keyakinan akan dapat meningkatkan jumlah fret dengan pesawat baru tersebut kerana ia mampu mengangkut fret dua kali ganda daripada pesawat Boeing 747-200 yang digunakan sekarang,'' katanya.

 

Mengenai cadangan penyusunan semula laluan domestik yang diumumkan kerajaan antara MAS dan AirAsia Bhd., Nasution memberitahu, pihaknya belum menerima cadangan rasmi daripada AirAsia mengenainya.

 

``Saya rasa mereka masih lagi membuat kajian berkaitan dengan cadangan tersebut,'' katanya.

 

Kerajaan baru-baru ini menetapkan MAS mengendalikan beberapa laluan domestik utama manakala AirAsia pula mengendalikan perkhidmatan penerbangan kos rendah di laluan-laluan domestik bukan utama.

 

Menurut Nasution, PMB juga sedang menimbang untuk memperbesarkan lagi aktiviti dengan menyewakan pesawat miliknya kepada syarikat penerbangan lain.

 

Nasution menjelaskan, pada masa ini PMB hanya menyewakan pesawat kepada MAS tetapi sekiranya ada peluang, syarikat mungkin akan dapat menyewakan kepada pihak lain.

 

----------------------------------------------------

 

Anyone would like to translate this page ;)

 

Glad someone point this out, really hope the aging 330 replace by the brand new 787.

PMB lease aircrafts to MAS, hmmm, anyone know how much MH pay for the lease? ;)

 

Share this post


Link to post
Share on other sites

PMB also has equity stake in MAS, so lease is cheap...

 

PMB is subsidary company of Minister of Finance Inc.

 

The idea of leasing however doesn't allow MAS to ability to depreciate assets on its balance sheets anymore, so this exentuates the negative performance of MAS to a certain degree..

 

Any new order should be bourne by MAS in lieu of improving profits and using the aircraft as depreciating assets on the balance sheet... especially since MAS is thinking of disposing other assets such as property, subsidary companies etc... this disposal in my opinion is more suitable for disposing of non-aviation related assets such as hotels, shops etc. MAS building is another question.. Lots of floors are empty and can be used by other tenants providing rental payments for MAS and hence another source of revenue...

 

But then again, there is so much commercial space available in KL.. so rentals aren't that great a source of income either..

 

 

Share this post


Link to post
Share on other sites

Depreciation is usually heavier on the P&L than leasing especially for aircraft and during the initial year. That will prolong the return to profit. Tax-wise depreciation is better as it can be used to reduce profit and therefore taxes. However no profit is expected during the initial years, so there'll be no tax benefit for buying and depreciating the aircraft but instead it will take longer to get back into the black compared to leasing.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...