Jump to content
MalaysianWings - Malaysia's Premier Aviation Portal
Ikman Ikreza

Pesawat pembesar negara terbabas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud

Recommended Posts

Pesawat pembesar negara terbabas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud

 

2010/09/22

KUALA TERENGGANU: Sebuah pesawat kerajaan yang digunakan pembesar negara tersasar ketika mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini pagi tadi.

 

Dalam kejadian jam 10.50 pagi itu, satu tayar pesawat itu dipercayai meletup ketika mendarat menyebabkan kapal terbang itu terbabas di landasan. Juruterbang dan pembantunya serta tiga anak kapal terselamat dalam kejadian itu. Saksi, Siti Sarimah Mamat, 40, berkata bejiau terdengar bunyi kuat enjin dan melihat pesawat itu tersasar di landasan.

 

Source Berita Harian: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PesawatpembesarnegaraterbabasdiLapanganTerbangSultanMahmud/Article

Share this post


Link to post
Share on other sites
Plane forced off runway after tyre puncture

September 22, 2010

 

KUALA TERENGGANU, Sept 22 — A Falcon 900 executive aircraft veered off the runway at the Sultan Mahmud airport here today after the left tyre developed a puncture during landing.

 

None of the five crew was injured in the incident at about 10.30am, Kuala Terengganu police chief ACP Zamri Samsuddin said.

 

The plane was on a routine training flight from the Subang airport in Selangor, he added. — Bernama

 

Malaysian Insider.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Photo from Bernama:

2013.jpg

EMERGENCY: Members of a technical team check and change the damaged tyre. — Bernama photo

Edited by Tamizi Hj Tamby

Share this post


Link to post
Share on other sites

Another crash..

 

Pesawat APFT tergelincir ketika mendarat, dua terselamat

23/09/2010 6:17pm

 

KOTA BHARU 23 Sept. – Sebuah pesawat syarikat penerbangan latihan swasta, Asia Pacific Flight Training (APFT) Kelantan tergelincir dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini hari ini.

 

Pengurus Besar dan juga Pengetua APFT, Datuk Mohd. Khalid Ali berkata, kejadian itu berlaku semasa pesawat latihan jenis Eagle yang dipandu oleh seorang pelatih APFT dengan ditemani seorang jurulatih berpangkat kapten sedang mendaratkan pesawat berkenaan, pada kira-kira pukul 3.30 petang.

 

"Ketika melakukan pendaratan, pesawat itu telah mendarat sebelum melompat sekali dan ketika lompatan itu pesawat berkenaan telah senget ke kanan menyebabkan pemegang tayarnya bengkok lalu tersasar keluar daripada landasan sejauh sepuluh meter,” katanya kepada pemberita di sini.

 

Beliau berkata pelatih itu, Mohd. Hisham Mohd. Nazir, 21, yang hanya mempunyai 11 jam latihan penerbangan, dan kapten, Meor Mohd. Iqbal, 26, tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Katanya, insiden itu kemungkinan berpunca daripada kurangnya pengalaman pelatih berkenaan, namun disebabkan latihan yang komprehensif disediakan oleh pihak sekolah itu, maka sebarang insiden yang lebih teruk dapat dielakkan. – Bernama

 

 

Source Utusan Malaysia : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm

Share this post


Link to post
Share on other sites

×
×
  • Create New...