Jump to content
MalaysianWings - Malaysia's Premier Aviation Portal
Sign in to follow this  
Zamir

Rozmey Air based in Alor Setar

Recommended Posts

21hm012a.transformed-1.jpg

 

Alor Setar: Ahli perniagaan Datuk Dr Che Rozmey Che Din menerusi syarikat terbarunya, Rozmey Air merancang memulakan operasi penerbangan domestik menggunakan pesawat peribadi dengan menjadikan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini, sebagai pangkalan.

Penerbangan menggunakan pesawat Piaggio Avanti Evo dijangka dimulakan selewat-lewatnya Ogos depan dengan memberi tumpuan kepada pelanggan korporat dan individu.

Dr Che Rozmey berkata, buat permulaan pihaknya merancang menyediakan perkhidmatan penerbangan peribadi hanya untuk domestik sebelum mengembangkannya kepada tempahan menunaikan umrah.

“Sebagai pengenalan kita mengadakan penerbangan demonstrasi memperkenalkan pesawat Piaggio Avanti Evo ini kepada pelanggan kami hari ini (kelmarin).

“Setakat ini, kita sudah mengadakan 10 penerbangan dari Alor Setar ke Langkawi untuk menyaksikan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA’15) selain ke Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di sini, kelmarin.

Turut menyertai penerbangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rozmey Air Kapten Adam Abdullah.

Sementara itu, Adam berkata setiap penerbangan boleh membawa sekurang-kurangnya lapan penumpang dengan jarak penerbangan sehingga Bali, Indonesia atau Kota Kinabalu, Sabah dari Alor Setar.

Menurutnya, perkhidmatan yang ditawarkan mampu memberi keselesaan kepada penumpang terutama golongan korporat yang merancang perjalanan sama ada domestik mahupun luar negara.

“Kita mengutamakan golongan korporat dan ahli perniagaan yang inginkan keselesaan dan mengejar waktu ke destinasi,” katanya.

-Harian Metro

http://peraktoday.com.my/2015/03/rozmey-terbang-pula/

Share this post


Link to post
Share on other sites

Soon to launch: Ramly Burger Airwayz Dari Johor to the world (Subang/Melaka/Penang) with A380 painted like a burger buns! ICAO approved callsign of "SEDAPNYA"

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...